suria

Gangguan Bekalan Air Di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air tidak berjadual dijangka dialami sebahagian pengguna di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang bermula Ahad.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan berkata ini ekoran pengurangan pengeluaran air terawat oleh Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih sejak pukul 8 pagi tadi.

"Keadaan berlaku apabila kandungan ammonia dan manganese di dalam air sungai tersebut berada di paras melebihi aras dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," kata kenyataan itu.

Sehingga kini Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syarikat Konsortium ABASS Sdn Bhd sedang mengenal pasti punca pencemaran dan operasi loji rawatan dijangka pulih bergantung kepada tahap pencemaran tersebut.

Ekoran itu, sejumlah 39 kawasan di Wilayah Petaling, 216 kawasan (Wilayah Hulu Langat), 62 kawasan (Wilayah Kuala Langat) dan 61 kawasan (Wilayah Sepang) dijangka terputus bekalan air dan tekanan air rendah.

Bagi mengurangkan kesulitan, pihak Syabas akan menyediakan bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki dan tangki air statik.

Syabas, Bekalan Air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain