suria

Pembinaan MRT Sungai Buloh-Kajang Capai 59.5 Peratus Kemajuan - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini memaklumkan pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) jajaran pertama dari Sungai Buloh ke Kajang mencapai 59.5 peratus kemajuan.

Dalam catatan di laman Facebooknya, Perdana Menteri berkata, fasa pertama jajaran projek iaitu bahagian bertingkat dari Sungai Buloh ke Semantan dijangka mula beroperasi pada Disember 2016 manakala fasa seterusnya pada Julai 2017.

"Projek ini dapat memperbaiki jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang dan memberi kemudahan kepada 1.2 juta penduduknya," katanya.

Laluan pertama MRT Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer merangkumi 31 stesen.

MRT, Sg Buloh-Kajang

Artikel Lain