Tak Perlu Tergesa-gesa Cari Pengganti Ketua Pembangkang - Guan Eng - Semasa | mStar

Tak Perlu Tergesa-gesa Cari Pengganti Ketua Pembangkang - Guan Eng

Lim Guan Eng

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pakatan pembangkang tidak perlu tergesa-gesa mencari calon ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun setelah disabit kesalahan meliwat.

"Apa yang penting buat masa ini, kita bagi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap anggota Parlimen Permatang Pauh itu yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

"Seperti yang saya katakan semalam, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana masih ada 14 hari lagi (Anwar hilang kelayakan sebagai ketua pembangkang dan anggota Parlimen selepas habis tempoh 14 hari daripada tarikh berkuat kuasa sesuatu penghakiman atau hukuman mahkamah terhadapnya)," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.

Bagaimanapun, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, perkara itu akan menjadi antara isu yang bakal dibincangkan pada mesyuarat majlis kepimpinan pakatan pembangkang di Kuala Lumpur, Jumaat.

Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain