MH370: MAS Jawab Surat Waris Penumpang China Beberapa Hari Lagi - Semasa | mStar

MH370: MAS Jawab Surat Waris Penumpang China Beberapa Hari Lagi

KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan menjawab surat yang dikemukakan tiga waris penumpang penerbangan MH370 dalam tempoh beberapa hari lagi.

Menerusi kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata, surat berkenaan diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam pertemuan dengan anggota keluarga terbabit di ibu pejabat MAS di sini, Khamis.

Waris penumpang itu datang ke ibu pejabat MAS dan bertemu Ahmad Jauhari serta anggota Jawatankuasa Pengurusan.

Bagaimanapun, MAS tidak memperjelaskan lebih lanjut tentang kandungan surat itu.

"MAS menawarkan bantuan kebajikan oleh petugas berbahasa Mandarin kepada waris berkenaan," menurut kenyataan itu.

MAS berkata, sungguhpun komunikasi yang kerap diadakan dengan keluarga waris menerusi Pusat Komunikasi dan Sokongan Keluarga (FCSC) di Beijing, syarikat penerbangan itu "tidak dapat memberi sebarang penjelasan lanjut atau maklumat teknikal berhubung nasib MH370 selain daripada apa yang telahpun menjadi pengetahuan umum."

Kenyataan itu menyebut sejak dari awal kemalangan itu berlaku Mac lepas, MAS memberi sepenuh komitmen kepada pihak berkuasa siasatan dan menyalurkan semua maklumat yang ada.

"Maklumat yang diserah kepada MAS berhubung keputusan siasatan itu akan dikongsi bersama dengan keluarga apabila diperoleh," kata kenyataan itu.

Pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac tahun lepas.

Pesawat Boeing 777-200ER membawa 239 penumpang, sebahagian besarnya rakyat China, dan petugas kabin, dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

Pada 29 Januari tahun ini, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengisytiharkan insiden itu sebagai kemalangan berdasarkan peraturan penerbangan antarabangsa, dan kesemua 239 penumpang serta kru dianggap terkorban.


MAS , MH370 , China , Ahmad Jauhari Yahya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nik Aziz Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain