Penumpang AirAsia X Berlepas Ke Jeddah Dengan Pesawat Lain - Semasa | mStar

Penumpang AirAsia X Berlepas Ke Jeddah Dengan Pesawat Lain

SEPANG: Penerbangan AirAsia X ke Jeddah, yang mengalami masalah teknikal dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 5.40 petang tadi, berlepas pada 7.23 malam Ahad menggunakan pesawat lain.

AirAsia X Berhad dalam kenyataan media malam Ahad menyatakan kesemua penumpang dipindahkan ke pesawat lain itu yang dijadualkan berlepas pada 7 malam.

Syarikat itu mengesahkan pesawat yang berpatah balik itu mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari klia2.

"Sebagai langkah keselamatan dan mematuhi sepenuhnya semua standard keselamatan antarabangsa, pesawat itu berpatah balik dan selamat mendarat di klia2 pada 5.40 petang," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan di sini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yang dipetik AFP berkata:"Satu 'auto-thrust' tidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya okay untuk terbang tetapi kami kembali ke pangkalan".

Dalam mesejnya kepada AFP, Tony berkata insiden itu adalah 'isu kecil'.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam tweet beliau juga mengesahnya penerbangan AirAsia X (D7172/XAX172) selamat mendarat di klia2 selepas berlegar-legar selama beberapa jam di ruang udara Selat Melaka.

AirAsia X , berpatah balik

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain