Limau Mandarin Pakistan Dipasar Untuk Tahun Baru Cina - Semasa | mStar

Limau Mandarin Pakistan Dipasar Untuk Tahun Baru Cina

Kinnow Mandarin dari Pakistan dipasarkan sempena Tahun Baru Cina.

PETALING JAYA: Bagi sambutan Tahun Baru Cina kali ini, peminat limau berpeluang untuk menikmati sejenis lagi buah yang dikenali sebagai 'Kinnow Mandarin' yang diimport dari Pakistan.

Pameran untuk memperkenalkan buah itu diadakan di Sunway Giza Mall di sini, Sabtu yang dilancarkan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Syed Hassan Raza.

Beliau menganggap pameran itu juga sebagai pelung baik untuk peniaga Malaysia meneroka hubungan lebih kukuh dalam memperluas pasaran mereka.

Mengenai keistimewaan buah itu, beliau berkata "Kinnow dipetik dengan kaedah moden yang mencapai piawaian antarabangsa berkaitan keselamatan makanan dan kesihatan, termasuk selepas dipetik dan dibungkus untuk dieksport."

Sejak beberapa tahun, kualiti buah yang dihasilkan Pakistan terutama Kinnow dan mangga meningkat hasil kerjasama Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNIDO), tambahnya.

Buah yang manis dan banyak jus itu hanya boleh didapati dari November hingga Mac setiap tahun, katanya.

"Kami juga memenuhi piawaian antarabangsa dengan memperoleh pensijilan global mengenai amalan pertanian baik (GAPs). Kini Kinnow dieksport ke negara lain seperti Eropah, China, Rusia, Asia Tenggara dan Timur Tengah," katanya.

Syed Hassan berkata buah itu juga akan dipasarkan di Indonesia dan Hong Kong tahun depan.

Mengenai keluaran Kinnow, beliau berkata Pakistan menghasilkan dua juta tan  Kinnow setahun yang menyumbang kepada 85 peratus pengeluaran global.

Sementara itu pakar antarabangsa GAPs, Kit Chan berkata UNIDO menerusi program bantuan teknikal berkaitan perdagangan (TRTA II) menyediakan bantuan teknikal kepada Pakistan sejak 2010 bagi memastikan kualti buah lebih baik dapat dihasilkan.

"Bagi dua tahun pertama, saya teleh bekerja dengan pakar UNIDO dari negara lain dan juga bekerjasama dengan petani Pakistan untuk membangun kualiti hasil  lebih baik," katanya.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain