suria

Guan Eng - Mustafa Tak Perlu Heret Parti Dalam Pertikaian Peribadi

Khalid Samad
SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali tidak perlu mengheret parti ke dalam pertikaian berterusan mereka mengenai pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Mustafa Ali mengakui bahawa pertikaian mereka adalah peribadi, berkenaan kredibiliti peribadi mereka. Oleh itu saya meminta anda supaya tidak mengheret parti masing-masing ke dalam pertikaian peribadi," kata Khalid.

Katanya, beliau menghormati kedua-dua pemimpin tersebut, dan menyifatkan mereka sebagai 'lelaki berprinsip' di atas kesetiaan mereka kepada parti masing-masing.

"Apabila PAS adalah sebahagian daripada Barisan Nasional, Mustafa merupakan Timbalan Menteri, dan apabila PAS menarik diri, Mustafa meletakkan jawatannya. Ini menunjukkan beliau bukan berada dalam politik untuk gelaran dan jawatan," kata Khalid.

Khalid menambah jika mereka memerlukan perantara atau moderator, beliau bersedia untuk campur tangan dan melaksanakan peranan itu.

"Marilah kita menyelesaikan pertikaian peribadi dengan cara yang peribadi. Jangan mencemarkan situasi politik dengan pertikaian peribadi ini," kata Khalid.

Artikel Lain