Pemilihan Semula Semua Jawatan Dapat Selesai Krisis Dalaman MIC - Kamalanathan - Semasa | mStar

Pemilihan Semula Semua Jawatan Dapat Selesai Krisis Dalaman MIC - Kamalanathan

P. Kamalanathan
KUALA LUMPUR: Pemilihan baharu semua jawatan termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden MIC akan menjadi penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan krisis dalaman parti itu, demikian disyorkan oleh anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu, P. Kamalanathan.

Beliau berkata cadangan itu pada pendapatnya akan menyelesaikan serta meletakkan titik noktah kepada krisis yang berlarutan dalam parti itu.

"Walaupun bukan dicadangkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), krisis ini tidak seharusnya melampaui batas sehingga merosakkan imej parti berusia 68 tahun itu," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Kamalanathan, yang juga Timbalan Menteri Pendidikan II, turut merayu kepada presiden Datuk Seri G. Palanivel supaya menghentikan segera semua keputusan unilateral oleh beliau demi parti dan masyarakat India.

"Janji-janji yang dibuat semasa mesyuarat 10 Dis lepas untuk bertemu dengan RoS bersama-sama dengan timbalan presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan menubuhkan sebuah jawatankuasa tidak ditunaikan dan keputusan presiden telah mengeruhkan lagi keadaan," katanya.

"Saya berharap Palanivel akan memanggil mesyuarat untuk memperjelaskan kepada kita apa yang sebenarnya berlaku. Saya masih mempercayai presiden dan timbalannya untuk menyelesaikan masalah dalaman ini," katanya.

Ditanya mengenai cadangan mesyuarat agung tergempar bagi membuat usul undi tidak percaya terhadap Palanivel, Kamalanathan berkata ahli parti masih menghormati presiden dan percaya beliau boleh menangani krisis ini dengan cekap.

Beliau juga menyatakan rasa kesal beliau terhadap insiden naib presiden Datuk M. Saravanan dan Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy dilarang memasuki bangunan ibu pejabat MIC di sini, Rabu.

Krisis dalaman parti itu tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan tiga Naib Presiden dan 23 anggota CWC parti tersebut dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka, pada November, 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Disember lepas, RoS mengarahkan jawatan tersebut dipilih semula dalam tempoh 90 hari berikutan dakwaan wujud ketidakaturan serta berlaku pelanggaran perlembangaan parti dan Akta Pertubuhan.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.