Madu Ghaib: Mentua Doakan Kebahagiaan Menantu - Semasa | mStar

Madu Ghaib: Mentua Doakan Kebahagiaan Menantu

Azrai Izet dan Suzieliana ketika majlis meraikan perkahwinan mereka yang dilangsungkan secara kecil-kecilan di sebuah homestay di Langat pada tahun lalu.

PETALING JAYA: "Saya tumpang gembira dan doakan kebahagiaan dia," kata Pak Rahim kepada menantunya, Azrai Izet Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang mengesahkan pernikahan menantunya itu dengan isteri kedua, Suzieliana Zainuddin, 37, di Songkhla, Thailand pada tahun lalu adalah mengikut hukum syarak.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Rahim itu merupakan bapa kepada Nor Fadzillah, 39, salah seorang penumpang pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, yang hilang pada 8 Mac lalu berkata beliau menerima keputusan tersebut kerana percaya kepada ketentuan Qada dan Qadar.

"Saya terima (keputusan itu). Lagipun jika dia (Azrai Izet) tidak berkahwin pada hari ini, dia tetap juga akan kahwin lain suatu hari nanti," katanya.

Warga emas berusia 60 tahun itu turut merestui kehidupan baharu Azrai bersama keluarganya selepas mahkamah meluluskan pernikahan keduanya pada Selasa.

"Biarlah dia mulakan kehidupan baharunya... yang penting ada orang boleh jaga dan tengok-tengokkan cucu-cucu saya," katanya.

Malah, Pak Rahim memberitahu hubungan beliau dan Azrai masih lagi baik seperti sebelum ini.

"Kami tiada masalah. Hubungan kami baik-baik sahaja. Lagipun saya selalu tengok cucu-cucu saya. Kami baharu sahaja bertemu minggu lalu," katanya.

Terdahulu mStar Online melaporkan mengenai pernikahan Azrai Izet bersama Suzieliana terpaksa dilakukan di Songkhla, Thailand kerana masalah ketiadaan sijil kematian isterinya.

Malah, bapa kepada empat orang anak itu memfailkan permohonan daftar nikah di mahkamah tersebut pada awal November tahun lalu selepas menikahi Suzieliana sebagai isteri keduanya di negara jiran pada tahun yang sama.

Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail pada Selasa mengesahkan pernikahan pasangan terbabit dilakukan mengikut hukum syarak.

Atrasina dalam keputusannya menyatakan, mahkamah berpuas hati rukun nikah adalah sempurna sekali gus membenarkan permohonan Azrai Izet, 39,  dan Suzieliana, 37, untuk mengesahkan pernikahan itu.

Pasangan tersebut hadir ditemani Peguam Syarie, Wan Amir Akram Zainal Abdin.

Diminta mengulas mengenai keputusan itu, Azrai Izet bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

"No komenlah", katanya ringkas.






Mh370 , madu ghaib

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain