MKN Sangkal Dakwaan Lantik Ejen Urus Wang Ehsan Mangsa Banjir - Semasa | mStar

MKN Sangkal Dakwaan Lantik Ejen Urus Wang Ehsan Mangsa Banjir

GUA MUSANG: Mangsa banjir di Kelantan dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang mengaku sebagai ejen mengurus pembayaran wang ehsan RM500 kepada mereka.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata MKN menguruskan sendiri pengagihan wang ehsan yang diperuntukkan kerajaan itu kepada mangsa banjir berdasarkan maklumat lengkap pendaftaran.

Pihak tidak bertanggungjawab sengaja menimbulkan perkara itu kerana mungkin ada tujuan tertentu, kata beliau.

Tindakan undang-undang yang tegas akan diambil terhadap individu dan pihak yang terlibat, katanya kepada pemberita ketika meninjau khemah-khemah yang disediakan MKN untuk mangsa banjir di penempatan sementara di Bandar Utama di sini, hari ini.

Mohamed Thajudeen berkata kerajaan pusat memperuntukkan sejumlah RM500 juta khusus untuk membantu mangsa banjir di negeri yang dilanda banjir bagi mereka memulakan kehidupan baharu selepas bencana itu.

Beliau berkata bagi mengelakkan sebarang penyelewengan, MKN juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Polis Diraja Malaysia.


Beliau juga menyangkal dakwaan orang ramai bahawa pihaknya menumpukan penempatan sementara mangsa banjir di sekitar kawasan bandar dan mengabaikan mereka di kawasan pedalaman. 

Katanya, setakat ini MKN telah memasang 937 khemah termasuk di kawasan bandar dan pedalaman di kawasan terbabit banjir di seluruh Kelantan.

Daripada jumlah itu sebanyak 800 khemah dipasang di Gua Musang, Kuala Krai dan Tanah Merah, katanya. 
Beliau berkata MKN turut memasang 70 khemah di kawasan pedalaman membabitkan perkampungan Orang Asli.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain