18,288 PATI Dihantar Pulang Tahun Lepas - Semasa | mStar

18,288 PATI Dihantar Pulang Tahun Lepas

Gambar hiasan.
TAWAU: Sebanyak 18,288 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah dihantar pulang ke negara asal masing-masing sepanjang tahun lepas, menurut Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Setiausaha MKN Sabah Rodzi Md Saad berkata daripada jumlah itu, 14,238 adalah dari Filipina, Indonesia (3,782 orang) dan negara-negara lain (268 orang).

"Kesemua PATI yang dihantar pulang itu adalah antara 20,096 orang yang ditahan sepanjang 2014 dan sebahagiannya masih berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS)," katanya pada sidang media di PTS Tawau, di sini, Isnin.

Sementara itu, Rodzi berkata bagi tempoh 1 Januari sehingga hari ini,  sebanyak 1,479 PATI telah dihantar pulang.

Katanya, 1,165 daripada jumlah itu adalah warga Filipina dan selebihnya 314 orang berasal dari Indonesia.

Sementara itu, Rodzi berkata pihaknya telah menahan sebanyak 140 PATI dalam operasi dua hari berakhir pada Ahad di sekitar Tuaran dan Kota Belud.

Beliau berkata, mereka yang ditahan berumur 18 bulan hingga 58 tahun dengan  132 daripadanya berasal dari Filipina serta lapan orang lagi dari Indonesia.

"Kesemua mereka ditahan di kawasan tapak pembinaan, rumah kongsi, kawasan umum dan di premis perniagaan di sekitar daerah berkenaan," katanya.
PATI , MKN

Artikel Sebelum

Majikan Lega Kaunter PLKS Dibuka Semula

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain