Nik Aziz Teringat Solat Jumaat - Semasa | mStar

Nik Aziz Teringat Solat Jumaat

PETALING JAYA: "Hari ini, ayahanda teringat solat Jumaat," begitulah catatan terkini Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menerusi laman Facebook.

Dimuat naik pada lewat malam Jumaat, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, kata-kata bapanya itu membuatkan dia terkenangkan kegigihan bapanya mendidik anak-anak.

Beliau berkata, pemimpin berusia 84 tahun itu akan memastikan anak-anaknya bersamanya ke masjid lebih awal, ada kala pukul 12 tengah hari.

"Dan hingga ke saat ini, dari atas katil ini, dalam tua rentanya, ayahanda terus mendidik kami menghargai nilai masa dan waktu," katanya.

Menceritakan lebih lanjut, kata Nik Mohamad Abduh, ketika tiba di masjid, hanya mereka sahaja di situ malahan imam, bilal, siak dan khariah lain juga tiada lagi.

"Kami terhangguk-hangguk menanti tok bilal azan, tersengguk-sengguk menanti tok imam kampung menghabiskan khutbah dan bergeliat menanti 'tamatnya' paksaan beragama masa kecil.

"Ayahanda d hadapan tuhannya, solat, baca al-Quran, sujud dan paling saya tak faham, diam, diam dan diam, sehinggalah azan berkumandang," catatnya.

Nik Abdul Aziz, dimasukkan ke hospital Isnin lepas kerana tahap kesihatannya merosot ketika banjir baru-baru ini, selain menghidap kanser prostat.

Beliau merupakan menteri besar Kelantan kelima yang memegang jawatan itu dari 1990 hingga 2013.
 


Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia