Mohon LZS Tawar Semula Bantuan Bila Tak Mampu Biaya Keluarga - Rosli - Semasa | mStar

Mohon LZS Tawar Semula Bantuan Bila Tak Mampu Biaya Keluarga - Rosli

Ahmad (kanan) dan Muhammad kini berada di Tingkatan Lima SMK USJ 23 Subang Jaya.

PETALING JAYA: Rosli Abdul Rahim, bapa kepada pasangan kembar siam, Ahmad dan Muhammad, yang berbesar hati dengan keprihatinan Lembaga Zakat Selangor (LZS) terhadap keluarganya berharap bantuan asnaf fakir dan miskin itu dapat ditawarkan semula apabila beliau tidak lagi mampu menyara keluarganya.

Bapa kepada enam cahaya mata itu memohon budi bicara LZS untuk mempertimbangkan semula tawaran itu jika kesihatannya terjejas dan tidak lagi mampu membiaya keperluan keluarganya, terutama dua anak istimewanya itu.

"Jika saya dah jatuh sakit, minta jasa baik pihak zakat untuk pertimbangkan semula tawaran itu. Buat masa ini, saya tidak perlu bantuan itu," katanya kepada mStar Online.

Justeru, beliau juga berharap agar urusan untuk mendapatkan bantuan tersebut pada masa hadapan dapat dipermudahkan memandangkan keluarganya layak menerimanya sebelum ini.

"Saya harap LZS akan permudahkan urusan tersebut jika saya memerlukan bantuan itu pada masa akan datang. Lagipun mereka ada rekod mengenainya," katanya.

Rosli Abdul Rahim.

Menceritakan lebih lanjut, katanya, pada Selasa, sekali lagi pegawai LZS bertandang ke rumahnya untuk menawarkan semula bantuan asnaf fakir dan miskin kepada keluarganya selepas beliau menolaknya sebelum ini.

"Petang semalam (Selasa) ada pegawai (LZS) datang ke rumah bawa surat tawaran. Mereka pujuk saya untuk terima kerana saya layak dapat bantuan itu. Tapi saya tetap tak nak terima," katanya.

"Rosli, 44, berkata, beliau meyakinkan pegawai tersebut bahawa dirinya tidak memerlukan bantuan asnaf kafir miskin ketika ini kerana masih lagi mampu menyara keluarga besarnya.

"Saya sudah tandatangan untuk tunjukkan kita tolak surat tawaran bantuan itu. Kudrat saya masih lagi kuat untuk bekerja menyara keluarga buat masa ini," katanya.

Terdahulu, LZS menghormati keputusan Rosli yang tetap enggan menerima bantuan zakat kategori asnaf fakir dan miskin yang ditawarkan kepada keluarganya.

Keadaan Ahmad dan Muhammad sebelum berjaya dipisahkan pada 2002.

Rosli menegaskan beliau hanya akan menerima bantuan asnaf gharimin bagi menampung perbelanjaan bulanan membeli lampin pakai buang dan beg najis kedua-dua anak istimewanya itu.

Atas dasar itu, LZS memutuskan untuk mempermudahkan urusan bantuan selama enam bulan untuk Ahmad dan Muhammad sebaik borang permohonan diserahkan kepada pejabat agensi tersebut yang berdekatan.

Sementara itu, mengenai permohonan baharu bantuan asnaf gharimin untuk Ahmad dan Muhammad, Rosli berkata isterinya, Junaidah Awang telah menghantar borang permohonan tersebut ke pejabat LZS cawangan Bandar Puteri Puchong pada Rabu.

"Isteri saya sudah hantar borang permohanan tersebut. Terima kasih kepada LZS kerana mempermudahkan urusan pada kali ini," katanya.

kembar siam , LZS

Artikel Sebelum

K-Pop: Pusingan U Jawi Dipersoal

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?