suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barangan Kosmetik, Ubat Ditemui Di Tepi Pantai

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menemui pelbagai barangan kosmetik dan ubat-ubatan bernilai RM9,572 di pesisir pantai Batu Batu, Sabindo di sini Rabu.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun berkata pihaknya ketika itu mengadakan 'Op Paradise'.

"Anggota peronda PPM mendapati terdapat longgokan bungkusan plastik di celah-celah batu dan apabila diperiksa, bungkusan itu mengandungi pelbagai barang kosmetik serta ubat-ubatan," katanya.

Antara barangan tersebut ialah 19 kotak ubat sakit kepala dan 120 botol ubat penguat tenaga 'Super Top Extra Power'.

Mohamad berkata barangan itu dipercayai diseludup dari negara jiran.
Tawau, ubat, barang kosmetik

Artikel Lain