AirAsia QZ8501: Kapal Tentera Laut Singapura Temu Bangkai Utama Pesawat - Semasa | mStar

AirAsia QZ8501: Kapal Tentera Laut Singapura Temu Bangkai Utama Pesawat

Rakaman penemuan sayap sayap dan sebahagian daripada fiuslaj oleh pasukan Tentera Laut Republik Singapura.

SINGAPURA: Sebuah kapal tentera laut Republik Singapura (RSN) menemukan bangkai utama pesawat AirAsia Penerbangan QZ8501, yang terhempas di Laut Jawa dua minggu lepas, lapor akhbar Straits Times (ST).

Akhbar tempatan itu memetik Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen sebagai berkata dalam laman Facebook pada Rabu bahawa kenderaan dasar laut kapal RSN, MV SwiftResue, merakam foto yang menunjukkan sayap dan sebahagian daripada fiuslaj, yang tertera perkataan padanya.

ST melaporkan Dr Ng sebagai berkata Singapura memaklumkan perkara itu kepada Badan SAR Nasional Indonesia agar ia boleh mula mengeluarkan bahagian pesawat malang itu.

"Kejadian merupakan suatu tragedi dan meragut banyak nyawa. Saya berharap,dengan terjumpanya fiuslaj ini, beberapa maklumat boleh disampaikan kepada keluarga mangsa bagi mengurangkan kepiluan mereka," katanya. 

Angkatan Tentera Singapura mengerahkan lebih 400 anggota, dua pesawat C-130 Tentera Udara Singapura, dua helikopter Super Puma, lima kapal RSN dan sepasukan enam anggota kenderaan dasar laut dalam operasi itu.

AirAsia QZ8501

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain