suria

Polis Sedang Kesan Sirul Azhar Umar

Sirul Azhar menutup mukanya ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam pada tahun 2011.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan Koperal Sirul Azhar Umar selepas Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya atas tuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata polis menjejaki anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu setelah waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Persekutuan.

"Waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Sirul oleh Mahkamah Persekutuan. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan kesan beliau dan buat tangkapan. Sehingga kini kami sedang kesan beliau," katanya dalam sistem pesanan ringkas kepada Bernama.

Sirul Azhar, 43, yang merupakan tertuduh kedua kes itu tidak hadir ke Mahkamah Persekutuan hari ini kerana dikatakan berada di luar negara.

Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan tertuduh pertama, Cif Inspektor AzilahHadri, 38, dan Sirul Azhar. 

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman mati ke atas dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Polis Kesan Sirul

Artikel Berikut

Artikel Lain