Tertuduh Dilatih Untuk Perang Gerila - Saksi - Semasa | mStar

Tertuduh Dilatih Untuk Perang Gerila - Saksi

Anggota tentera mengawasi kawasan yang diceroboh pengganas di Kg Tanduo.

KOTA KINABALU: Seorang tertuduh pada perbicaraan kes pencerobohan Lahad Datu dipercayai telah dilatih untuk peperangan gerila, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Selasa. 

Ketua Kompeni C Batalion ke-16 Pasukan Gerakan Am (PGA) ASP Mohamad Zaiful Zahari berkata tertuduh Aiman Radie menunjukkan taktik perang gerila apabila dia ditangkap di tepi pantai Kampung Tanduo, Lahad Datu kira-kira 7.20 malam pada 2 Mac, 2013, walaupun berpakaian awam dan membawa beg sandang yang mengandungi kebanyakannya kelengkapan dandanan diri.

Mohamad Zaiful yang ketika itu Komander Platun 1, Kompeni A Batalion ke-16 PGA atau lebih dikenali sebagai 'Tiger Platoon', berkata perbuatan Aiman berjalan seorang diri di tepi pantai pada waktu malam adalah taktik perang gerila untuk mengelakkan daripada ditangkap pasukan keselamatan.

"Sebagai pegawai yang pernah dilatih dalam Tiger Platoon dan ada mempelajari taktik peperangan gerila, mengurangkan jejak kita untuk mengelak daripada dikesan cukup untuk menunjukkan satu taktik peperangan gerila," katanya.

Mohamad Zaiful memberi keterangan pada perbicaraan 30 orang yang menghadapi pertuduhan atas pelbagai kesalahan bersabit dengan insiden pencerobohan di Kampung Tanduo. -

Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkaitan taktik perang gerila yang biasanya digunakan, pegawai PGA itu berkata taktik asas yang dipelajarinya semasa latihan adalah perbuatan penyamaran dan menyusup masuk kesesuatu kawasan bagi tujuan sabotaj. 

Apabila ditunjukkan satu ikat gambar di mahkamah, Mohamad Zaiful menunjuk kepada gambar yang memaparkan Aiman ​​memakai baju penyamaran dan seluar jeans berwarna biru dengan topi penyamaran.

Dalam gambar itu, tertuduh juga dilihat membawa parang kecil (barong) yang disandang pada bahagian belakangnya, kata saksi itu.

Ketika ditanya Ishak mengapa tertuduh berpakaian ala tentera dalam gambar tetapi memakai pakaian awam semasa dia ditangkap, Mohamad Zaiful berkata antara taktik perang gerila apabila seseorang berada di bawah tekanan atau kemungkinan menghadapi kekalahan adalah mempraktikkan penyamaran dengan melucutkan semua senjata, pakaian dan peralatan yang mendedahkan identiti sebenarnya.

Semasa pemeriksaan balas, saksi tidak bersetuju dengan andaian peguam Datuk N.Sivananthan bahawa dia adalah seorang pakar dalam perang gerila.

Sivananthan: Jadi, adakah itu bermakna kamu hanya terlatih dalam perang gerila?

Mohamad Zaiful: Ya.

Sivananthan: Saya menyatakan kepada kamu bahawa keterangan kamu mengenai apa yang dilakukan tertuduh (berjalan seorang diri di tepi pantai) adalah berdasarkan penilaian dan spekulaasi semata-mata.

Mohamad Zaiful: Saya tidak bersetuju.

Tiga puluh tertuduh, terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan atas pelbagai tuduhan termasuk menganggotai kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka dikatakan melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April, 2013.

Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung pada Rabu.

pencerobohan Lahad Datu , gerila

Artikel Sebelum

Polis Sedang Kesan Sirul Azhar Umar

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain