suria

Dua Beranak Mati Lemas Di Sungai Moyog

KOTA KINABALU: Dua beranak yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ketika berkelah di Sungai Moyog, Penampang, petang Sabtu, ditemui mati lemas di sungai itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang Mohammad Akramin Sakirun berkata, mayat Samra Tongkoon, 40, dan anaknya Noel,8, dijumpai pasukan mencari dan menyelamat kira-kira 9 pagi Ahad, kira-kira 50 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

"Ketika dijumpai, Samra dan anaknya dalam keadaan berpelukan," kata Mohammad Akramin yang mengetuai enam pegawai dan 20 anggotanya dalam operasi mencari dua beranak itu, ketika dihubungi Bernama.

Kira-kira pukul 1.40 tengah hari, Samra cuba menyelamatkan anaknya itu yang dihanyutkan arus ketika cuba mendapatkan seliparnya yang dihanyutkan air sebelum kedua-duanya hilang.

lemas, Sungai Moyog, Penampang

Artikel Lain