Banjir: Bayaran Pinjaman Pembiayaan KKLW Ditangguh - Shafie - Semasa | mStar

Banjir: Bayaran Pinjaman Pembiayaan KKLW Ditangguh - Shafie

Shafie (dua kiri) melihat longgokan buku-buku perpustakaan mini yang musnah akibat banjir besar semasa melawat Kampung Baru Bintang, Temerloh, Jumaat. Turut sama, Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Shakar Shamsudin (kiri).

PASIR SALAK: Bayaran balik pinjaman bagi pembiayaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk mangsa banjir diberi penangguhan enam bulan, kata Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, penangguhan itu bagi meringankan beban mangsa banjir.

"Kami putuskan untuk (bayaran pinjaman) dilanjutkan enam bulan untuk mereka membayar balik, ia termasuklah peminjam-peminjam MARA dan usahawan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED).

"Kita juga meminta semua agensi-agensi lain untuk memberikan penangguhan," katanya kepada pemberita selepas melawat Kampung Pasir Salak dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di kampung itu di sini, Sabtu.

Pada masa sama, Mohd Shafie turut mengumumkan sesi persekolahan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak, di sini, ditangguhkan selama seminggu lagi dan akan dibuka pada 19 Januari ini.

"Untuk kemudahan masyarakat setempat kita tangguh sesi persekolahan di MRSM selama seminggu lagi. Ini kerana MRSM masih diguna pakai sebagai pusat pemindahan mangsa banjir," katanya.

Di Perak, terdapat seramai 45 usahawan SPED di kawasan Kuala Kangsar, Teluk Intan dan Batu Gajah yang terjejas akibat banjir.

Jumlah pinjaman SPED di negeri Perak lebih RM32 juta.

Antara syarikat yang terjejas akibat banjir di Perak ialah Eida Zura Enterprise, FJH Full One Trading, Azizi Agrofarm dan Warga Ribuan Enterprise.

Shafie Apdal , KKLW , pinjaman , SPED

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain