Banjir: PKR Bantah Kerjasama Umno-PAS Bangunkan Kelantan - Semasa | mStar

Banjir: PKR Bantah Kerjasama Umno-PAS Bangunkan Kelantan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sempena lawatan beliau ke kawasan terjejas banjir di Kelantan baru-baru ini.
PETALING JAYA: Hubungan baik antara PAS dan Umno dalam membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat bencana banjir yang melanda negeri itu menimbulkan keresahan di kalangan sekutu Pakatan Rakyat.

Menyifatkan kerjasama membabitkan dua parti politik itu sebagai 'tidak perlu', Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan mahu pimpinan PAS dan Umno supaya membezakan antara isu politik dan kebajikan rakyat.

Malah Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir turut mengingatkan kepimpinan PAS supaya tidak terjerat dengan mainan politik Umno.

Abdul Aziz Kadir

"Sekarang bukan masanya nak bercakap tentang soal politik, fokus kepada soal pembangunan semula Kelantan.

"Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat untuk bantu kerajaan negeri dalam menyelesaikan isu bencana alam...jadi tak perlu dikaitkan dengan Umno ataupun PAS," katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Beliau mengulas mengenai kesediaan PAS dan Umno untuk mengetepikan agenda politik demi membantu rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir yang disifatkan umpama tsunami baru-baru ini.

Kerjasama dua parti politik itu juga telah terjalin melalui penubuhan Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan pada 26 Disember lalu.

Rentetan itu, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan juga menubuhkan Jawatankuasa Bersama Menangani Pasca Banjir bagi memulihkan semula kehidupan rakyat di negeri itu.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz yang 'tidak senang' dengan perkembangan itu sebaliknya mendakwa kerajaan Persekutuan seolah-olah tidak ikhlas membantu Kelantan yang kini berada dalam kesusahan.

"Umno dan kerajaan Pusat janganlah nak ugut Kelantan, jangan ambil kesempatan untuk kepentingan politik.

"Kalau nak bantu, jangan sentuh soal politik. Bantu dengan ikhlas," katanya.

Selain itu, menyentuh mengenai pengurusan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, Abdul Aziz melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Menurutnya, kedua-dua kerajaan itu dilihat tidak seiring dalam isu agihan bantuan kepada mangsa banjir khususnya yang hanya tinggal sehelai sepinggang.
Banjir Kelantan , Umno , PAS , PKR , Abdul Aziz Kadir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kedai Di Bangi Jual Cenderamata Militan IS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain