Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Pati Ke Tawau - Semasa | mStar

Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Pati Ke Tawau

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau, mematahkan cubaan membawa masuk 12 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) ke daerah ini awal pagi Khamis.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, kesemua Pati berkenaan ditahan selepas bot laju yang mereka naiki dipintas oleh anggota PPM yang melakukan rondaan di sekitar Sungai Sinosolan, Kalabakan, kira-kira pukul 7 pagi.

"Setelah memperkenalkan diri dan melakukan pemeriksaan terhadap bot laju itu, mereka mendapati 10 lelaki, termasuk tekong bot laju dan dua wanita berusia antara 10 hingga 60 tahun di atas bot berkenaan tiada sebarang dokumen perjalanan, katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.


Pati , Polis Marin

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain