suria

Hujan Sebelah Petang Sebabkan Trafik Sesak Di Lembah Klang

- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Hujan pada petang Rabu menyebabkan kesesakan trafik di kebanyakan jalan utama dan lebuh raya di Lembah Klang.

Sehingga pukul 8.30 malam, lalu lintas masih sesak di sepanjang jalan di Seksyen 16 berhampiran Phileo Damansara dan Lebuhraya Baru Lembah Klang  (NKVE).

Menurut perkhidmatan trafik komuniti dan aplikasi navigasi Waze, trafik dari Jalan Maarof menghala ke Lebuhraya Sprint juga sesak.

Trafik di Penchala Link menghala ke Kepong dilaporkan perlahan. Begitu juga trafik di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ke arah sama juga dilaporkan bergerak perlahan.

Di lebuh raya Persekutuan, trafik dilaporkan sesak dari PJ Hilton ke arah Sunway.

Laman Twitter Star Radio Traffic @mytraffic melaporkan kelewatan di Jalan Kuching di kedua-dua arah antara Bulatan Segambut dan Jalan Kinabalu.
trafik sesak, NKVE, LDP

Artikel Lain