suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dana Tabung Bencana Agromakanan Perlu Ditambah - Ismail Sabri

Sukarelawan bertungkus lumus menyiapkan keperluan harian mangsa banjir termasuk makanan untuk dihantar ke negeri terbabit bencana itu.

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan untuk menambah dana Tabung Bantuan Bencana Agromakanan bagi membantu petani, peladang dan penternak yang mengalami kerugian akibat banjir.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tabung yang diwujudkan pada tahun lepas dengan dana RM50 juta itu tidak mencukupi untuk membantu mereka.

"Jika banjir biasa jumlah itu mungkin mencukupi tetapi bagi banjir yang begini besar, jumlah yang diperlukan mungkin dua atau tiga kali ganda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan misi sukarelawan pasca banjir Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke negeri-negeri terjejas banjir bagi membantu tugas-tugas pembersihan.

Ismail Sabri berkata, buat masa ini kementerian masih belum dapat membuat anggaran kerugian petani, peladang dan penternak yang terjejas memandangkan masih terdapat kawasan yang belum pulih daripada banjir.

Beliau berkata, Kabinet telah mengarahkan semua kementerian untuk melaporkan jumlah kerugian akibat banjir bagi kementerian masing-masing.

Ismail Sabri, agromakanan, bencana, banjir

Artikel Lain