suria

'Saya Tak Bergurau, Saya Akan Jaga Mereka' - Mangsa Banjir

Fatin (kanan) dan sepupunya Ariff bermain dengan dua ekor anak kambing yang dipelihara sebagai haiwan kesayangan berhampiran rumahnya yang dilanda banjir.
DUNGUN: Seperti kisah 'Marry And Her Little Lamb', Fatin Ridzuan mempunyai kambing kesayangan yang akan dibawa bersama walau ke mana sahaja dia pergi.

Apabila banjir melanda kampungnya di Kampung Pengkalan Jering di sini dan membunuh haiwan kesayangannya itu, ia benar-benar membuatkan kanak-kanak berusia 11 tahun ini sedih.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak ini tekad untuk tidak membiarkan kejadian itu terus menghantui dirinya, sebaliknya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada dua ekor anak kepada kambing kesayangannya yang sudah tiada itu.

Dua ekor anak kambing itu kini tinggal di dalam rumah dan sentiasa berada di bawah pemerhatiannya anak perempuannya, kata Ridzuan Ali, bapa Fatin.

Dengan keadaan rumah mereka masih dipenuhi dengan air, Fatin dan sepupunya yang berusia lapan tahun, Ariff Abdullah dilihat masih dapat bermain dalam bot bersama dua ekor anak kambing tersebut.

"Yang ini dipanggil Mohammad manakala seekor lagi adalah Ahmad," kata Fatin sambil menyuapkan susu melalui botol kepada anak kambing itu.

"Saya mahu menjaganya sehingga mereka besar," kata pelajar darjah lima ini.

Ridzuan berkata kampung mereka telah ditenggelami air selama lebih dari dua minggu, walaupun keadaan telah bertambah baik sekarang.

"Air berada pada paras pinggang apabila mula berlaku banjir, tetapi kini ia hanya di peringkat buku lali. Bahagian dalam rumah itu tidak lagi dinaiki air, tetapi kami masih perlu menggunakan bot untuk sampai ke jalan utama dari rumah kami, "katanya.

Dungun adalah daerah yang kedua paling teruk dilanda banjir di Terengganu selepas Kemaman.

Artikel Sebelum

Artikel Lain