Hanya Tiga Mayat Ditemui, Bukan 40 - Agensi SAR Indonesia - Semasa | mStar

Hanya Tiga Mayat Ditemui, Bukan 40 - Agensi SAR Indonesia

Keadaan ahli keluarga mangsa nahas QZ8501 selepas menerima berita mengenai mayat ditemui di kawasan mencari pesawat AirAsia yang hilang. Foto AFP

JAKARTA: Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) pada Selasa berkata, hanya tiga mayat yang ditemui setakat ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, selepas pegawai lain menyatakan 40 mayat dijumpai.

"Hari ini (Selasa) kita telah membawa tiga mayat dan kesemuanya kini di dalam kapal perang Bung Tomo," kata F.H Bambang Soelistup pada sidang media di Jakarta.

Beliau menambah, tiga mayat itu terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.

Kru Tentera Udara Indonesia membawa objek yang dipercayai merupakan gelongsor kecemasan milik pesawat QZ8501. Foto EPA

Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir memberitahu AFP bahawa menurut radio tentera laut, sebuah kapal perang telah menemui lebih 40 mayat di perairan, tetapi kemudiannya berkata bahawa laporan itu merupakan satu salah faham dengan pegawainya.

Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 orang terhempas pada Ahad, dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura, dengan bangkai pesawat ditemui dekat lokasi ia terputus hubungan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain