Hujan Lebat Dijangka Terus Landa Negeri Terjejas Banjir - Palanivel - Semasa | mStar

Hujan Lebat Dijangka Terus Landa Negeri Terjejas Banjir - Palanivel

Bandar Temerloh lumpuh akibat dilanda banjir luar biasa hingga ke paras bumbung rumah yang dapat dilihat ketika tinjauan udara di Temerloh, Selasa. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dijangka terus berlaku di negeri-negeri yang sedang terjejas oleh banjir, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata mengikut ramalan, hujan lebat sekejap-sekejap serta ribut petir di sana sini, terutama di kawasan pantai, dijangka berlaku di Pahang antara 1 dan 5 Januari tahun depan.

"Oleh itu, penduduk di Pahang dinasihati supaya bersiap sedia untuk menghadapai sebarang kemungkinan, termasuk dipindahkan dengan segera ketika berlaku ribut petir," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Terengganu pula, katanya, dijangka mengalami hujan dalam tempoh tujuh hari akan datang, termasuk hujan sekejap-sekejap dan kadangkala lebat.

Keadaan serupa juga dijangka berlaku di Kelantan dan Perak, dengan kadangkala hujan sederhana lebat sepanjang beberapa hari akan datang, kata beliau.

Beliau berkata, hujan di sana-sini dijangka kerap berlaku di kawasan pesisir pantai Kelantan.

Di Johor, hujan lebat dijangka berlaku dua hari lagi.

"Ribut petir di sana-sini diramal berlaku pada tengah hari di negeri paling selatan kita ini. Sekali lagi, rakyat Malaysia dinasihati supaya bersiap sedia dan menjaga keselamatan diri serta sentiasa memberi respons terhadap langkah pihak berkuasa," katanya.

Palanivel juga berkata, mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan berisiko tinggi dilanda banjir perlu sentiasa berwaspada dan memantau paras air sungai dengan melayari laman sesawang Public InfoBanjir, publicinfobanjir.water.gov.my.

Artikel Sebelum

Dua Beradik Cedera Akibat Letupan Di Rumah

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain