AirAsia QZ8501: Singapura Aktifkan Pusat Penyelarasan Menyelamat - Semasa | mStar

AirAsia QZ8501: Singapura Aktifkan Pusat Penyelarasan Menyelamat

SINGAPURA: Singapura mengaktifkan operasi Pusat Penyelarasan Mencari (RCC) dan menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Indonesia dalam misi mencari dan menyelamat pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang. 

RCC dikendalikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) serta disokong pelbagai agensi, termasuk Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) dan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

Dalam kenyataannya, CAAS berkata pesawat dari Surabaya itu, yang dijadual mendarat di sini pada 8.30 pagi, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi.

Katanya pusat kawalan trafik udara Singapura dimaklumkan tentang perkara itu pada 7.54 pagi oleh pusat kawalan trafik udara Jakarta.

Kenyataan itu berkata ketika terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara, pesawat berkenaan berada di Kawasan Maklumat Penerbangan (FIR) Indonesi aiaitu lebih 200 batu nautika di tenggara sempadan FIR Singapura-Jakarta.

Menurut SAAS, pihak berkuasa Indonesia mengendalikan operasi mencari dan menyelamat dari Pejabat Mencari dan Menyelamat Pangkal Pinang. 

"Dua pesawat C130 diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk tujuan ini. Kami sentiasa bersedia memberi sebarang bantuan bagi menyokong usaha mencari dan menyelamat," kata CAAS dalam kenyataannya.

Pusat Pengurusan Krisis CAAS dan Changi Airport Group (CAG) juga telah mengaktifkan operasi masing-masing.

"Kami bekerjasama dengan pasukan pengurusan krisis syarikat penerbangan itu," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, CAG berkata pihaknya telah menubuhkan Kawasan Menunggu Untuk Sanak Saudara (RHA) di Terminal 2 untuk memberi bantuan kepada waris penumpang penerbangan itu.

Para waris dinasihati mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada kaunte rmaklumat yang terletak di bahagian tengah Dewan Ketibaan Terminal 2 (Aras 1).

Sebarang maklumat terkini akan disampaikan kepada waris di RHA, kata CAG.

Para waris boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi AirAsiaIndonesia melalui talian +62 (21) 2985 0801.-BERNAMA

AirAsia QZ8501

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain