Siap Sedia Hadapi Banjir Gelombang Ketiga - Tengku Abdullah - Semasa | mStar

Siap Sedia Hadapi Banjir Gelombang Ketiga - Tengku Abdullah

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah meminta semua pihak bersiap sedia menghadapi banjir gelombang ketiga yang dijangka bermula Isnin sehingga Rabu ini. 

Kesiapsiagaan itu, titah baginda, amat penting bagi memastikan segala gerak kerja membantu dan menyelamatkan penduduk dapat dijalankan secara tersusun.

Perkara yang amat dititikberatkan ketika bencana banjir adalah usaha agensi berkaitan menyelamatkan nyawa dan penghantaran barangan keperluan seperti makanan dan minuman kepada mangsa, titah Tengku Abdullah.

"Saya juga meminta agar rakyat tidak berdegil dan segera berpindah apabila diarahkan walaupun keadaan belum bahaya. Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku," titah baginda kepada pemberita selepas mendengar taklimat banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang pada Ahad.

Talimat disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang.

Tengku Abdullah bertitah baginda juga difahamkan daerah yang masih kritikal di negeri ini ialah Pekan, Maran, Kuantan dan Rompin.

Baginda turut berpuas hati dengan tugas dijalankan agensi yang terlibat dengan banjir dan berharap selepas ini tumpuan lebih diberi di beberapa daerah masih kritikal.

"Kita juga perlu proaktif dan meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan tugas. Banjir berlaku setiap tahun dan saya percaya kita berpengalaman dan belajar daripadanya," titah baginda.

Dalam pada itu, baginda berharap pusat pemindahan mangsa dan tempat pendaratan helikopter yang lebih strategik dapat dibina di setiap daerah apabila keadaan kembali pulih.

"Mungkin satu kertas kerja dapat dibuat untuk membina pusat pemindahan dan helipad apabila keadaan kembali reda.

"Bukit-bukit yang tinggi jangan dipotong sewenang-wenangnya kerana ia lokasi yang baik untuk membina kemudahan tersebut," titah baginda. 

banjir gelombang ketiga

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain