LPT Gombak - Jabor Ditutup Pada Kenderaan Ringan - Semasa | mStar

LPT Gombak - Jabor Ditutup Pada Kenderaan Ringan

KUALA LUMPUR: Kedua-dua arah Lebuhraya Pantai Timur yang menghubung Gombak dan Jabor ditutup pada kenderaan ringan berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di Temerloh setelah paras air Sungai Pahang meningkat.

Pengendalinya, Anih Berhad berkata pengguna yang menghala ke timur ke arah Kuantan akan dilencong ke jalan biasa daripada tol Lanchang dan memasukinya semula di tol Maran, dan sebaliknya bagi pengguna yang menghala ke arah barat.

Namun ia berkata kenderaan berat dibenarkan melalui laluan yang ditutup itu.

Sementara itu di Jertih, Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Anggota Parlimen Besut berkata satu perancangan perlu dibuat bagi membina laluan air yang sesuai dengan pembinaan rangkaian laluan lebuh raya di negara ini.

"Kalau lebuh raya dibina bagi kenderaan dapat bergerak dengan lancar, maka laluan atau lebuh raya air juga perlu dibina supaya air dapat dialirkan dengan teratur dan tidak menyebabkan banjir di mana-mana," katanya.

Beliau berkata terdapat beberapa lokasi di LPT yang terjejas akibat limpahan air banjir kerana laluan air tidak disediakan dengan teratur.
LPT Gombak - Jabor , banjir

Artikel Sebelum

Mayat Warga Asing Ditemui Di Bukit Mertajam

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT