suria

Acara Minum Susu Sekolah 1Malaysia Diiktiraf MBOR

PUTRAJAYA: Acara minum susu sekolah 1Malaysia secara serentak yang melibatkan lebih 1.2 juta murid sempena Sambutan Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan pada 24 September lepas menerima pengiktirafan Malaysia Books of Records (MBOR).

Sambutan acara minum susu itu berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sungai Kapar Indah, Klang yang dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan.

Pengiktirafan itu diserahkan wakil Malaysia Book of Records, Zulhairi Md Zin kepada Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan, Mohamed Yamin Mohamed Yusof, pada satu majlis di sini, Jumaat.

Mohamed Yamin yang mewakili Pengarah BPSH, Abdullah Mad Yunus dalam ucapannya berkata 1.2 juta murid itu membabitkan pelajar dari 7,000 sekolah rendah kerajaan seluruh negara yang terlibat dalam Program Susu Sekolah 1Malaysia (PS1M) sepanjang 2014.

Katanya, pada majlis sambutan itu juga, ucapan perasmian dapat diikuti melalui sidang video ke tiga lagi sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Johor.


Artikel Lain