suria

Paderi Katolik Sahkan Pemulangan Buku Hymn

Father Cyril (tengah) bersama buku Hymn yang telah dipulangkan kepadanya. - foto LIM CHENG KIAT/THE STAR
LEDANG: Polis telah memulangkan kira-kira 31 naskah buku Hymn kepada Father Cyril Mannayagam, lewat malam Khamis.

Paderi berusia 44 tahun itu berkata beliau berasa lega selepas menerima dua panggilan telefon dari pihak polis sebanyak dua kali yang memintanya supaya mengambil semula buku tersebut.

Cyril berkata, beliau akan melupakan insiden tersebut sambil menegaskan buku tersebut dihasilkan untuk masyarakat Orang Asli di Bekoh dekat sini.

"Saya percaya kes ini sudah selesai kerana polis sudah mengembalikan buku tersebut kepada kami.

"Tambahan pula buku tersebut hanya mengandungi lirik lagu yang memuji Tuhan digunakan Orang Asli penganut Katolik," katanya.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Polis di sini kira-kira pukul 8 malam dan beredar bersama buku-buku tersebut dua jam kemudian.

Father Cyril menegaskan masyarakat Orang Asli menggunakan perkataan 'Allah' untuk tempoh lebih 100 tahun apabila mengamalkan kepercayaan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain