Najib Lancar Keahlian Dalam Talian Umno - Semasa | mStar

Najib Lancar Keahlian Dalam Talian Umno

Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menunggu lama untuk melaksanakan ketetapan meremajakan parti yang diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, apabila beliau melancarkan sistem pendaftaran keanggotaan secara dalam talian pada Khamis.

Najib berkata pelancaran sistem itu selaras dengan hasrat mentransformasi dan meremajakan Umno supaya ia dilihat sebagai parti yang segar, dinamik, progresif dan mengamalkan keterbukaan.
 
"Hasrat kita ialah supaya bila kita sebut tentang peremajaan Umno dan konsep ini telahpun diperjelaskan dalam PAU, bererti bukanlah bahawa dari sudut kita mahu membuka pintu Umno kepada orang muda semata mata, atau mengganti orang lama secara mengejut.
 
"Sebaliknya peremajaan bererti segala aspek, segala amalan, segala pendekatan yang kita gunakan dalam parti hendaklah melalui proses peremajaan," katanya semasa berucap melancarkan sistem itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Menurutnya sistem pendaftaran itu akan mengurangkan kerenah birokrasi selain dapat menyelesaikan segala kerumitan dan hambatan yang menjadi kekangan dalam proses pendaftaran anggota baru.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata sistem itu juga bertujuan membuka peluang yang lebih luas kepada generasi muda untuk menyertai Umno.
 
"Cerita borang hilang, cerita borang kena renyuk, cerita hantar borang tak diterima, cerita kena isi borang sampai dua tiga kali, kita dah letih.

"...kita berhasrat untuk membuka Umno kepada generasi muda yang kita sebut hari ini sebagai Gen Y. Sebab mereka ini sebenarnya banyak yang berminat mahu jadi ahli Umno. Ramai yang jumpa saya cakap mereka minat," kata beliau.

Menurutnya pelaksanaan sistem itu juga selaras dengan transformasi parti untuk menggunakan teknologi baru dalam pengurusan sesuai dengan keadaan semasa.

Menerusi pendaftaran dalam talian, katanya pemohon hanya perlu memasukkan maklumat yang diperlukan dan setelah permohonan diproses, pendaftaran mereka sebagai anggota Umno akan dilakukan dengan pantas.
 
"Kalau dia seorang pelajar di Minnesota, Amerika Syarikat, dia mohon dalam talian, dalam masa begitu pantas dan singkat, dia boleh jadi ahli Umno. Mungkin dalam masa 24 jam. Kita boleh terima dia sebagai anggota Umno, ada nombor pendaftaran keanggotaan... kecuali maklumat dia (beri) itu tidak benar.
 
"Kalau dia ahli parti pembangkang katakan, dia nak menyusup masuk, kita kemudian hari dapati dia ahli parti pembangkang, maka terbatal (pendaftarannya). Sekiranya semuanya betul, kita hantar kepada perhubungan (negeri), kepada bahagian, (dan) akan diagih kepada cawangan yang berkenaan," katanya.

Najib pada taklimat tertutup bersama anggota perwakilan Umno seluruh negara sempena PAU pada 25 November lepas, memberitahu bahawa Umno akan melaksanakan sistem keanggotaan Umno secara dalam talian bagi meningkatkan jumlah pendaftaran anggota parti itu.

Pada masa ini, Umno mempunyai kira-kira 3.5 juta anggota di seluruh negara.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain