suria

MIC Tetap Tolak Parti Lain Kaum India Sertai BN

Dr S. Subramaniam.

KUALA LUMPUR: MIC terus konsisten dengan pendiriannya tidak membenarkan parti lain kaum India menyertai gabungan Barisan Nasional (BN). 

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, "Kami kuat berpendapat kemasukan sebuah lagi parti tidak akan menambah kuasa tawar menawar masyarakat India dalam BN, malah akan melemahkannya".

"Ini adalah sentimen serupa di mana UMNO tidak membenarkan sebarang parti lain kaum Melayu menyertai BN di Semenanjung Malaysia," kata beliau.   

Dalam satu kenyataan pada Selasa, beliau bagaimanapun berkata, MIC sentiasa sedia bekerjasama dengan mana-mana parti lain kaum India demi mencapai kedudukan lebih baik masyarakat itu.

Artikel Lain