suria

Dua Exco PAS Dianugerah Gelaran 'Datuk', Azmin Tiada Dalam Senarai

Iskandar Abdul Samad (kiri) dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
PETALING JAYA: Dua wakil rakyat PAS adalah antara penerima darjah kebesaran sempena ulang tahun ke-69 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, walaupun spekulasi bertiup kencang bahawa Azmin Ali berada dalam senarai.

Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi, yang juga anggota exco Selangor, akan menerima anugerah Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran 'Datuk'.

Seramai 102 penerima akan menerima anugerah masing-masing daripada Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah di sini, Khamis.

Pada Rabu, spekulasi bahawa Azmin akan diberi anugerah yang membawa gelaran 'Datuk Seri' oleh Sultan Selangor telah dinafikan oleh satu sumber.

Sebuah portal dalam talian melaporkan bahawa Menteri Besar Selangor akan termasuk dalam senarai penerima anugerah itu.

Bagaimanapun, sumber itu berkata Azmin tidak akan diberikan sebarang anugerah pada ketika ini.

Spekulasi ini berlegar di internet sehari selepas gelaran 'Datuk Seri' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditarik balik oleh Sultan Selangor.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pada minggu lepas berkata keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar kerana beliau telah 'berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Sharafuddin dan institusi diraja dalam krisis menteri besar baru-baru ini.'


Senarai penuh penerima anugerah:

Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.)

*Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. 

Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K. II)

*Tengku Abd Samad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah Alhaj. 

Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.)

*Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. 

Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)

*Tan Sri Ismee Ismail. 

Darjah Kebesaran - Dato' Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)

*Iskandar Abdul Samad,  Dr. Ahmad Yunus Hairi,  Datuk Ahmad Rasidi Hazizi, Datuk Rustam Yahaya, Mejar Jeneral Datuk Suhaimi Mohd Zuki, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohd Ramli, Mejar Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany,  Datuk Mohamed Nazim Tun Abdul Razak, Prof. Dr. Mohd Azmi Mohd Lila, Ahmad Zaharin Mohd Saad, Ir. Abdul Ghani Hashim. 

Darjah Kebesaran Dato' - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)

*Tengku Iskandar Shah Tengku Ismail Shah Alhaj, Brig. Jen. Nazri Abu Bakar, Brig. Jen. Jalaluddin Haji Manan, Timbalan Komisioner Penjara, Narander Singh Chand Singh,  Ir. Mohamad Dalib, Tan Sri Dr. Ir. Gan Thian Leong, Mohamad Lotfy Mohamad Noh, Raja Haji Idris Raja Kamarudin,  Datuk Mohammad Nor Khalid, Dr. Lee Eng Lam, Dr. Dahlia Rosly, Ong Swee Leng,  Mohamad Yasid Bidin. 

Darjah Kebesaran - Setia Mahkota Selangor (S.M.S.)

*Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, Tengku Datuk Yusof Tengku Zainal Karib Shah,  Slamat Yahya, Sahibul Fadhilah Muhammad Farhan Wijaya, Prof. Dr. Abdul Shukor Juraimi, Prof. Dr. Yoshihito Shirai, Dr. Kamarruddin Asri, Jaswant Singh Jai Singh, Dr. Rozita Halina Tun Hussein, Mano Verabathran, Siti Zaleha Ibrahim, Haji Mohamed Izam Mohamed Yusof, Norzila Sidek, Haji Haron Mokhtar. 

Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.)

Senior Asisten Komisioner Chong Mun Phing, Prof. Dr. Mohd Salman @ Leong Yew Mun, Dr. Harikrishna K. Ragavan Nair, Roszamman Md Nawi, Mohamad Idrus Ab. Hamid, Amirrudin Mohamed, Zurina Abu Bakar, Sawaludin Md Nor, Mohamad Amir Danuri,  Mat Jah Roslan, Idzahar Rasidi, Norfaizah Omar, Datin Hariani Jaffar, Norazah Asari. 

Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.)

*Deputi Superintendan Ng Thean Leng, Deputi Superintendan Annadorai Muthu Karuppan, Asisten Superintendan Hamsah Sakor, Johary Anuar, Zamani Ahmad Mansor, Mohd Zulkurnain Che Ali, Sim Keng Hooi, Dr. William Voon Fook Sun, Shamsiah Osman, Dr. Chithradavi N Vadivellu, Zakaria Muhd, Zuraidah Ramli, Yong Fong Leng, Azamuddin Mohammud, Ahmad Hashim, Puan Sri Aisha Shamsuddin, Rusli Jaafar, Syakilla Saini Jefry Krisnan @ Krisnamurthy, Ahmad Syukri Abdul Aziz, Mohamad Faizal Norizan. 

Darjah Kebesaran Ahli - Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.)

*Lt. Kol Haji Jamil Muhamed,  Datin Fadzilah Abdul Aziz, Dr. Puah Chiew Wei, Sasidharan M.K. Narayanan, Ir. Sheikh Ismail Sheikh Salleh, Azahari Sairin, Johari Atli, Mohd Hidayat Abd. Rani, Rospawarna Rabbu, Aminuddin Hussien, Wong Yew Fong, Tamilsekaran Marimuthu, Haji Mad Sani Bakar, Md. Yunus @ Iskandar Md. Noor, Mohamad Asgari Saleh, Amalina Abdul Rashid, Yee Nai Tuck, Mohd. Hata Ahmad. 

Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C.)

*Asisten Superintendan Arivayagan M Lingam, Zurina Abd Rahim, Kuzaini Hamidon, Zawawi Mohd Arif, Zakariah Mohd Elah, Adznam Haji Saring, Abdul Aziz Maamor.


Artikel Lain