Jauhi Fahaman Melampau Demi Keamanan Negara - Muhyiddin - Semasa | mStar

Jauhi Fahaman Melampau Demi Keamanan Negara - Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keamanan dan keharmonian negara boleh terus dipelihara sekiranya umat Islam menjauhi sikap dan fahaman melampau, serta mengekalkan adab dalam berselisih pendapat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, oleh itu, umat Islam perlu menjadikan golongan ulama, ahli akademik dan cerdik pandai Islam sebagai contoh teladan dalam mencapai matlamat itu.

"Golongan ini perlu dijadikan contoh dalam mendukung semangat musyawarah, bertukar-tukar fikiran dan berdialog dalam menyelesaikan isu berkaitan umat Islam.

"Ini kerana pertelingkahan sesama umat Islam mutakhir ini boleh dikatakan timbul kerana perbezaan pendapat sehingga menjadi kekacauan yang merungsingkan dan perbalahan yang merosakkan," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian semasa berucap merasmikan Seminar Pemikiran Islam IV di Universiti Malaya (UM) di sini, hari ini. Turut hadir Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin.

Muhyiddin berkata, umat Islam juga perlu kembali kepada panduan agama seperti Al-Quran dan Sunnah apabila berselisih pendapat untuk kebaikan bersama dalam melahirkan generasi umat Islam yang cemerlang, cintakan keharmonian dan kedamaian.

Menurutnya, umat Islam perlu berwaspada dengan kemunculan pelbagai fahaman melampau dalam kepercayaan dan amalan agama boleh mencetuskan persengketaan sesama mereka sekiranya tidak dibendung.

Fahaman melampau itu menggalakkan budaya ekstremisme, permusuhan, keganasan atas nama Islam, budaya bebas tanpa batasan, liberalisme dan pluralisme agama, katanya.

"Saya percaya prinsip wasatiyyah (kesederhanaan) jugalah yang menjadi paksi kesatuan dan kekuatan umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

"Prinsip dan semangat ini bukan sahaja perlu dihayati umat Islam bahkan penganut agama-agama lain demi keseimbangan dan keharmonian dalam hubungan sesama manusia yang amat ditekankan semua agama.

"Selagi kita tidak bersifat ekstrem, kita akan mampu menjernihkan pemikiran dengan sikap yang positif dan menghargai insan lain seterusnya mengekalkan keharmonian, keamanan dan kestabilan negara kita," kata beliau.


Artikel Sebelum

Belum Tentu PR Dapat Bertahan Pada PRU-14

Artikel Berikut

Tambang Bas Sekolah Mungkin Naik Januari 2015

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain