suria

MH17: Pihak Berkuasa Belanda Benarkan Waris Keluarga Mangsa Lihat Bangkai Pesawat

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Belanda akan membenarkan waris keluarga mangsa pesawat MH17 melihat ketibaan kumpulan pertama yang membawa bangkai pesawat di Belanda. 

Lembaga Keselamatan Belanda dalam satu kenyataan yang disiarkan pada Sabtu, kumpulan pertama yang membawa bangkai pesawat MH17 dijangka tiba minggu hadapan. Sebaik sahaja tiba, bahagian dan komponen akan dipunggah, dikategorikan, dan gambar juga akan diambil mengikut prosedur. 

Difahamkan waris keluarga mangsa akan berpeluang untuk melihat bangkai pesawat tersebut pada tahun hadapan kerana keperluan segera untuk melancarkan siasatan segera terhadap kumpulan pertama bangkai pesawat yang akan di bawa ke pangkalan tentera udara Belanda. 

"Tiada upacara istiadat akan diadakan bagi menyambut ketibaan bangkai pesawat di pangkalan tentera udara dan waris keluarga mangsa tidak dibenarkan menghadiri sesi pemunggahan bangkai pesawat daripada trak," katanya sambil menambah tarikh sebenar ketibaan trak yang mengangkut bangkai pesawat akan dimaklumkan kemudian. 


Sekurang-kurangnya beberapa trak bertutup digunakan untuk mengangkut bahagian komponen bangkai pesawat. 

Bahagian bangkai pesawat tersebut dibina semula dalam sebuah hangar yang direka khas, dengan akses hanya dibenarkan kepada pasukan penyiasat sepanjang tempoh tersebut. 

Pesawat Boeing 777 dipercayai ditembak jatuh di wilayah timur Ukraine pada 17 Julai lepas ketika dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.

Tragedi itu mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 44 rakyat Malaysia.

MH17, MAS, bangkai pesawat

Artikel Lain