Takrifan Umur Belia Diturunkan - Semasa | mStar

Takrifan Umur Belia Diturunkan

KUALA LUMPUR: Matlamat utama cadangan Kementerian Belia dan Sukan menggantikan takrifan umur maksimum belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun ialah supaya ia setara dengan piawaian antarabangsa selain memenuhi keperluan pembangunan negara.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk M. Saravanan berkata ia juga bagi memastikan kesinambungan kepimpinan masa depan negara, mengurangkan jurang generasi dalam kalangan belia, mempercepat proses kematangan dan mengurangkan tingkah laku berisiko dalam kelompok belia.

"Ia juga bagi menstabilkan identiti diri belia, memantapkan proses pembangunan belia merangkumi kecerdasan intelektual, spiritual, emosi dan fizikal selain menjamin keamanan dan kestabilan negara," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Prof Dr Sim Kui Hian yang mahu kementerian menyatakan matlamat utama cadangan penurunan had umur itu pada persidangan Dewan Negara, Rabu.

Sim juga bertanya apakah kesan pelaksanaan had umur itu terhadap kewujudan dan perkembangan organisasi belia di seluruh negara.

Saravanan seterusnya berkata kesan pelaksanaan had umur maksimum itu akan meremajakan kepimpinan pertubuhan belia.

Selain itu, ia juga akan membuka lebih ruang untuk latihan dan pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan pembangunan belia di bawah umur 30 tahun.

Media sebelum ini melaporkan draf Dasar Belia Malaysia bagi menggantikan dasar sedia ada akan mengusulkan pindaan takrifan umur belia kepada 15 hingga 30 tahun sebagai intipati penting dalam perubahan dan penambahbaikan, seiring dengan keperluan semasa belia.


Belia

Artikel Sebelum

Lagi Mayat Ditemui Di Pulau Pinang

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain