suria

Perdana Menteri Thailand Mulakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia

Prayut Chan-ocha (kiri) ketika tiba untuk lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Isnin.

SEPANG: Perdana Menteri Thailand, Jen Prayut Chan-ocha tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin, untuk lawatan rasmi pertamanya.

Ketibaan beliau dan rombongan kira-kira pukul 10.20 pagi disambut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Menurut kenyataan Wisma Putera, delegasi Prayut sebanyak 19 orang turut disertai timbalan perdana menteri dan menteri luar, timbalan menteri pertahanan dan panglima tentera darat, timbalan menteri pengangkutan dan para pegawai kanan kerajaan.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama beliau selepas dilantik sebagai perdana menteri Thailand pada 25 Ogos lalu, yang bertujuan membina hubungan baik dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan meninjau kemajuan hubungan dua hala antara kedua-dua negara berjiran ini.

Artikel Lain