suria

Pelancongan Burung Bakal Dipromosi Di Langkawi

LANGKAWI: Langkawi yang direkod mempunyai lebih 230 spesis burung bakal dijadikan kawasan pelancongan burung, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli.

Beliau berkata turut terdapat tiga spesis burung enggang di pulau ini iaitu Kenyalang Besar atau Enggang Papan (Great hornbill), Enggang Gunung (Wreathed hornbill) dan Enggang Kelingking (Oriental Pied hornbill).

Lebih menarik 104 ekor Enggang Papan telah dapat direkod, katanya kepada pemberita sempena pameran burung Asian ke-5 di Oriental Village pada Sabtu.

"Bird-tourism sangat berpotensi untuk dibangunkan di Langkawi dan mampu memberi faedah yang tinggi kepada penduduk," tambahnya.

Khalid berkata Lada juga akan membangunkan ladang rama-rama yang terdapat lebih 550 spesis di sini.

Pameran burung dua hari itu kali pertama diadakan di Malaysia sejak diperkenalkan pada 2010.


Langkawi, Lada

Artikel Sebelum

Artikel Lain