suria

PAU 2014: Perkasakan Pemuda, Jangan Hanya Buru Jawatan

Mustafa menegur Pemuda Umno yang dilihat mengejar jawatan ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Pau 2014, Khamis.

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno perlu memperkasakan peranan pergerakan itu dalam berdepan kritikan dan tohmahan pembangkang, bukan hanya mengejar jawatan.

Wakil Umno Bahagian Alor Gajah, Mustafa Musa berkata, ketika Pemuda menuntut keremajaan Umno, banyak perkara yang sebenarnya telah 'dinikmati' pembangkang.

"Sudah terlanjur kita hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Kolej dan Universiti (Auku), yang dapat nikmat adalah pembangkang.

"Pemuda-pemuda pembangkang merobohkan pagar Universiti Malaya, berpidato mengutuk kerajaan, apa yang Pemuda kita buat?," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2014 di sini, Khamis.

Mustafa yang merupakan juara sulung Pertandingan Pidato Piala Presiden Umno sempena PAU 2014 berkata, setiap sayap, khususnya Pemuda dan Puteri perlu berubah dan memainkan peranan masing-masing dalam memastikan parti yang disifatkan 'tenat' dapat dipulihkan.

Katanya, jika sayap dan Umno secara keseluruhannya tidak berubah, pembangkanglah yang akan mengubah Umno dan negara.

Sehubungan itu, katanya, sayap parti perlu faham erti perjuangan dan tidak hanya mengejar jawatan semata-mata.

"Di mana letaknya keperkasaan Pemuda? Jangan hanya buru keremajaan Umno tapi tak tunjukkan kita perkasa untuk tangkis tohmahan pembangkang," katanya.

Pemuda, perkasa, keremajaan Umno, ISA, Auku

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain