suria

Adun BN Di Selangor Tolak Peruntukan RM200,000

Datuk Shamsudin Lias
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Barisan Nasional (BN) Selangor telah sebulat suara menolak RM200,000 yang diperuntukkan kepada mereka di bawah bajet 2015 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsudin Lias berkata, 12 wakil rakyat BN menolak peruntukan itu kerana kuantum yang tidak mencerminkan keadilan.

Menurut beliau peruntukan lebih besar telah diberikan kepada penyelaras kawasan dari Pakatan Rakyat.

Penyelaras Pakatan dilantik untuk mengawasi kawasan yang diterajui oleh pembangkang dan telah diberi peruntukan sebanyak RM700,000.

"Kami adalah wakil yang dipilih oleh rakyat dengan undian manakala penyelaras tidak.

"Ia tidak adil kerana mereka mendapat peruntukan lebih besar daripada kami," kata Shamsudin pada sidang akhbar selepas membahaskan bajet di Dewan Undangan Negeri Selangor, Selasa.


Shamsudin juga menggesa Azmin untuk melenyapkan jawatan penasihat ekonomi negeri itu yang mana ia dipegang oleh Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Shamsudin berkata jawatan tidak diperlukan tidak terdapat keperluan untuk mempunyai penasihat ekonomi di Selangor.

Artikel Berikut

PAU 2014: PWTC Jadi Tumpuan

Artikel Lain