suria

Ujian Sistem Amaran Awal Tsunami Di P.Pinang Berjaya

Sistem amaran awal tsunami yang dipasang di tempak letak kereta Taman Negara P.Pinang. -foto THE STAR
GEORGE TOWN: Jabatan Meteorologi Pulau Pinang (JPM) berjaya menjalankan ujian terhadap Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional di tiga lokasi di pulau itu, pagi Isnin.

Ujian ke atas sistem amaran itu yang dilakukan di kawasan tempat letak kereta di Dewan Sri Pinang, Pantai Miami di Batu Ferringhi dan berhampiran Balai Polis Tanjung Tokong selesai tanpa sebarang gangguan.

Walau bagaimanapun, ujian tidak boleh dijalankan di Persiaran Gurney kerana beberapa isu teknikal dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Timbalan Pengarah JPM Yuzaimi Mahat berkata sistem di Persiaran Gurney itu mengalami kerosakan pada modem dan ujian perlu dihentikan.

"Ujian dilakukan di enam lokasi di mana sistem tersebut dipasang baru-baru ini dan siren di setiap lokasi mempunyai lapan bunyi yang boleh didengar di radius 3 km," tambah Yuzaimi ketika ditemui di tempat letak kereta Dewan Sri Pinang.

Terdapat tiga paras amaran di mana yang pertama memberi amaran tsunami memberitahu orang ramai supaya menjauhkan diri dari kawasan pantai, diikuti dengan amaran pemindahan tsunami akan berlaku dan yang ketiga bermaksud ancaman amaran itu dibatalkan.

Ujian akan dilakukan di dua lokasi lain di Jeti Nelayan di Kuala Sg Burung dan pintu masuk Taman Negara, Kuala Sg Pinang, kedua-duanya di Balik Pulau pada sebelah petang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain