PAU 2014: Tun M Mungkin Tak Hadir Kerana Faktor Kesihatan - Semasa | mStar

PAU 2014: Tun M Mungkin Tak Hadir Kerana Faktor Kesihatan

Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA: Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan mungkin menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menghadiri perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 pada Khamis ini.

Pada usia 89 tahun, kebelakangan ini, kesihatan bekas presiden Umno itu agak terganggu berikutan cuaca yang tidak begitu baik dan ketika ini dikatakan dalam proses untuk pulih daripada batuk.

Sumber yang dekat dengan beliau bagaimanapun memberitahu, segala-galanya bergantung kepada perkembangan kesihatan beliau dalam masa beberapa hari lagi.

Minggu lalu, Dr Mahathir tidak dapat menghadiri tiga majlis yang lebih awal dipersetujuinya kerana kurang sihat.

Mantan Perdana Menteri itu dijadualkan berucap pada persidangan tenaga, mesyuarat agung Angkatan Koperasi Kebangsaan dan konvensyen anjuran Perkasa.

Beliau juga dikatakan membatalkan beberapa temujanji minggu ini, termasuk menghadiri persidangan di Abu Dhabi dan tiga lagi di London.

Bagaimanapun, Dr Mahathir hadir pada perlumbaan kereta elektrik Formula E di Putrajaya pada Sabtu lalu, di mana ia turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak bersara pada 2003, kehadiran Dr Mahathir pada PAU dipantau rapi pemerhati, terutama kerana beliau dilihat masih mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli Umno kerana menghormati dan mengagumi kewibawaannya sebagai pemimpin.

Dr Mahathir Mohamad , Umno , Perkasa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain