TUDM Terima Sembilan Pesawat Mulai 2015 - Semasa | mStar

TUDM Terima Sembilan Pesawat Mulai 2015

Roslan Saad (tengah) bergambar bersama (dari, kanan) Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Seri Affendi Buang, Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Che Akmar Mohd Nor dan Panglima Bantuan Udara, Lt Jen Datuk Sabri Adam selepas majlis serah terima tugas di Wisma Pertahanan pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima sembilan pesawat baharu secara berperingkat bermula suku pertama tahun depan dan dijangka selesai pada tahun 2016.

Panglima TUDM, Jen Datuk Seri Roslan Saad berkata dari jumlah itu, empat pesawat pengangkut jenis Airbus A400M manakala lima lagi pesawat pelatih PC-7MK II untuk kegunaan di Pusat Latihan Terbang, Kolej TUDM Kepala Batas di Alor Setar.

Beliau berkata sembilan pesawat yang bakal diterima itu ialah untuk memenuhi keperluan TUDM dalam memantapkan misi ketenteraan dan kemanusiaan.

"TUDM akan menerima sebuah pesawat jenis Airbus (A400M) secara berperingkat mulai suku pertama tahun hadapan manakala PC-7 MK II dijangka tiba awal2016,"katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Panglima Operasi Udara dan Panglima Bantuan Udara, di Wisma Pertahanan, pada Isnin.

Selain itu, Roslan juga berkata TUDM telah menyerahkan empat jenis Pesawat Tempur Pelbagai Guna (MRCA) yang disenarai pendek daripada syarikat antarabangsa yang berasingan, kepada kerajaan dan sedang menunggu kelulusan Kabinet.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai status terkini pangkalan baharu TUDM yang sedang di bina di Sendayan, Negeri Sembilan, Roslan berkata setakat ini pembangunan di kawasan itu telah mencapai 25 peratus dan dijangka siap pada hujung tahun 2016.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana TanSri Abdul Aziz Jaafar menerima kunjungan hormat Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Datuk Seri Pahlawan Abdul Aziz Mohd Tamit di Markas Tentera Laut, Wisma Pertahanan di sini.

TUDM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain