Lelaki Palsukan Sijil SPM Didakwa - Semasa | mStar

Lelaki Palsukan Sijil SPM Didakwa

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat pengurusan acara mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan memalsukan rekod salinan slip Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk milik anak seorang penceramah bebas.

Mohd Firdaous Shariful Azman, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.

Dia didakwa melakukan pemalsuan rekod salinan slip SPM dengan niat supaya rekod itu dipercayai telah dibuat, ditandatangani dan disempurnakan dengan kuasa seseorang bagi memperdaya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara 10.34 pagi 4 Jun dan 3.21 petang 13 Jun lepas.

Mohd Firdaous didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan. Peguam Adenan Ismail memohon supaya jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menguruskan syarikatnya dan perlu menanggung anak yang masih kecil.

Zuraini membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Dis untuk sebutan kes.

SPM , Mahkamah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain