suria

Delegasi DAP Persoal Peta Seberang Perai Tiada Dalam Poster Konvensyen

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (kiri) ketika memberikan ucapan perasmian pada Konvensyen DAP Pulau Pinang di Dewan Ng Yam Huat di Bukit Mertajam pada Ahad. Foto MUSTAFA AHMAD / THE STAR

BUKIT MERTAJAM: Seorang delegasi pada Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang mempersoalkan mengapa peta Seberang Perai tidak ditunjukkan pada poster konvensyen.

"Siapa yang reka poster konvensyen tahun ini? Saya mahu tahu adakah Seberang Perai adalah sebahagian daripada Pulau Pinang atau tidak? Jika ya, kenapa peta Seberang Perai tidak ditunjukkan pada poster?

"Tidak syak lagi Seberang Perai dilihat sebagai anak tiri negeri Pulau Pinang," tegas Shamser Singh Thing, yang merupakan seorang pensyarah undang-undang pada sesi perbahasan konvensyen di Dewan Ng Yam Huat di sini, Ahad.

Beliau berkata, Kerajaan negeri Pulau Pinang dan DAP tidak boleh lagi boleh dipisahkan dan tindakan-tindakan kerajaan negeri akan menggambarkan budaya DAP.

Beliau turut mempersoalkan kenapa DAP Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu menyampaikan ucapan mereka menggunakan bahasa Melayu dan Mandarin.

"Saya tertanya-tanya kenapa perlu bercakap dalam Mandarin? Bukankah kita semua adalah rakyat Malaysia dan faham bahasa kebangsaan? Mungkin inilah masa untuk fikirkan tentang keberkesanan sekolah kebangsaan," tambahnya.


Artikel Lain