11 Mangsa Letupan Lombong Arang Batu Masih Kritikal - Semasa | mStar

11 Mangsa Letupan Lombong Arang Batu Masih Kritikal

Sebahagian mereka yang cedera menerima rawatan di Hospital Sri Aman susulan kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Pantu dekat Sri Aman pada Ahad. Foto BERNAMA

KUCHING: Sebelas mangsa letupan dalam terowong lombong arang batu di Selantik, Pantau, Sri Aman masih berada dalam keadaan kritikal di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Mereka menghadapi kesukaran bernafas dan terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan.

Seorang petugas HUS berkata mereka yang stabil itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi sementara enam yang lain di Wad Kuning dan seorang di Wad Hijau.

Selain HUS, mangsa lain yang kurang kritikal ditempatkan di Hospital Sri Aman dan lima lagi di dua hospital swasta.

Kebanyakan pekerja yang cedera merupakan merupakan warga asing dari Korea Utara, Indonesia, Myanmar, China dan Bangladesh.

Dalam kejadian pagi Sabtu itu, tiga pekerja warga asing turut maut.

Seramai 119 pekerja bekerja di lombong yang beroperasi sejak lapan tahun lalu.

Dua tahun lepas, sebuah lombong arang batu di Abok turut meletup dan mengorbankan empat warga China.

letupan lombong arang batu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp