Perintah Berkurung Di EssZone Dilanjut Hingga 8 Disember - Semasa | mStar

Perintah Berkurung Di EssZone Dilanjut Hingga 8 Disember

KUDAT: Fasa kesembilan perintah berkurung di kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (EssZone) yang akan berakhir esok (22 November), dilanjutkan lagi bermula 23 November hingga 8 Disember, dari jam 7 malam hingga 5 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung yang merangkumi enam daerah di kawasan pantai timur Sabah itu dibuat selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan selain atas permintaan banyak pihak.

"Selepas mengambil kira beberapa aspek keselamatan, saya terpaksa melanjutkan perintah berkurung selepas fasa kesembilan perintah berkurung itu berakhir esok," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Program Latihan Amali Polis Diraja Malaysia di sini, Jumaat.

Fasa pertama perintah berkurung di kawasan EssZone dikuatkuasakan pada 19 Julai lalu berikutan beberapa insiden penculikan melibatkan rakyat tempatan dan asing di beberapa daerah di timur Sabah.

Sementara itu, Jalaluddin juga berkata satu mesyuarat dua hala antara polis Sabah dan polis Kalimantan Timur, Indonesia, akan diadakan dari 24 hingga 26 Dis bagi membincangkan beberapa isu keselamatan di sempadan kedua-dua wilayah.

Katanya mesyuarat tahunan di Balik Papan, Kalimantan Timur, berkenaan antara lain akan membincangkan isu berkaitan penyeludupan, jenayah rentas sempadan, penculikan, pengedaran dadah serta beberapa isu baharu yang berbangkit melibatkan Malaysia dan Indonesia.

EssZone , Perintah Berkurung

Artikel Sebelum

PKR Ancam Demonstrasi Turun Harga Minyak

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain