suria

Khairy Bidas Pihak Tuduh Beliau Cuba Juarai Isu Transgender

Khairy ketika hadir di Konvensyen Belia Kebangsaan Sri Murugan Centre di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Ahad.
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas kenyataan segelintir pihak yang menuduh beliau cuba menarik perhatian masyarakat dengan membawa usul transgender semasa Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini.

Khairy berkata Perhimpunan Agung Umno pada setiap tahun sentiasa dijadikan platform oleh setiap anggota parti dan pembahas untuk mendebatkan pelbagai isu semasa, termasuk isu agama.

"Kalau Perhimpunan Agung Umno tak boleh bincangkan isu agama, apa lagi yang kita boleh bincangkan?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Belia Kebangsaan Sri Murugan Centre di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya di sini, Ahad.

Sebuah portal berita melaporkan seorang penganalisis politik melihat hasrat Khairy itu kononnya sebagai langkah Pergerakan Pemuda itu untuk menjuarai isu semasa perhimpunan kelak.

Khairy sebelum ini dilaporkan berkata akan membawa isu transgender semasa Perhimpunan Agung itu selepas melihat kebimbangan Pemuda terhadap isu berkenaan sudah tidak dapat dibendung lagi, selain mahu masyarakat tahu pendirian parti terhadap isu berkenaan.

Artikel Lain