Tian Chua Bebas Tuduhan Menghasut Isu Pencerobohan Lahad Datu - Semasa | mStar

Tian Chua Bebas Tuduhan Menghasut Isu Pencerobohan Lahad Datu

Tian Chua

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan anggota Parlimen Batu Tian Chua daripada pertuduhan menghasut berhubung kenyataannya berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tahun lalu.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, pada akhir kes pendakwaan.

"Selepas meneliti segala hujahan dan keterangan saksi, mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil bela diri," katanya.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata berdasarkan keterangan saksi pihak pendakwa iaitu bekas Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu Syed Amirrudin Syed Jaffar, beliau mengaku beliau tidak dapat membuktikan dan memastikan adakah tertuduh yang mengeluarkan perkataan hasutan itu.

Katanya, saksi itu juga mengaku membuat laporan polis pada 2 Mac 2013 hanya berdasarkan artikel yang disiar dalam portal berita Keadilan Daily.com.

Mahkamah juga mengambil kira keterangan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Airy Zaidi Nordin, yang bersetuju bahawa beberapa perkataan dalam artikel itu diubah oleh subeditor terutama pada bahagian tajuk.

Hakim itu juga berkata, mahkamah turut mengambil kira keterangan saksi ketiga, iaitu bekas wartawan portal berita itu, Siti Nooraishah Geoffery, bahawa perkataan "menakutkan-nakutkan rakyat" dan "serangan tembak-menembak" tidak disebut secara spesifik oleh tertuduh sebaliknya diolah oleh subeditor.

"Dalam keterangan, Siti Nooraishah, 26, menyatakan ayat yang terkandung dalam artikel terbabit adalah hasil perbualan telefonnya dengan anggota Parlimen Batu itu.

"Saksi berkata dia tidak menulis setiap perkataan yang disebut oleh Tian Chua tetapi menulis perkataan yang dirasakan penting,"katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Yusaimi Amer manakala tertuduh diwakili peguam Latheefa Koya.

Tian Chua, didakwa terhadap pertuduhan menghasut dengan membuat kenyataan kononnya pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi terancang Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu, off Jalan Yew di sini pada kira-kira 11 pagi 1 Mac tahun lepas mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Pertuduhan itu membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan penjara lima tahun bagi kesalahan seterusnya. 


Tian Chua , Lahad Satu , menghasut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain